Q&A



Perkara Biasa Yang Menyebabkan Transaksi Gagal

Transaksi gagal disebabkan hal-hal berikut:-
- Prepaid Handphone anda habis.
- Modal credit anda habis.
- Pin anda sedang diblock
- Pin anda salah.
- Kod produk salah.
- No. Tujuan tidak benar.
- Operator telefon atau operator sedang ada gangguan.
- Kesalahan menaip format sms dalam mengirimkan sms ke no center.
- Kesalahan dalam mengirimkan ke no center.


Berapa lama akaun ejen baru akan aktif setelah melakukan deposit?
Akaun baru akan aktif dalam masa 15 minit - 24 jam. Anda akan menerima sms dari server.

Apakah deposit modal kredit ejen akan hangus dalam waktu tertentu?
Deposit modal kredit tidak akan hangus dalam waktu tertentu & tidak akan berkurang apabila tidak gunakan untuk melakukan transaksi.

Apakah ejen dapat mendaftarkan ejen baru?
Ya. ejen boleh mendaftarkan ejen baru. Yuran pendaftaran EJEN yang tentukan. Caj server RM10.00 akan dikenakan kepada anda sewaktu menjalankan transaksi ini. Sila rujuk FormatSMS


Dalam 24 jam apakah saya dapat melakukan pembelian prepaid lebih sekali dengan nilai dan kepada no hp yang sama?
Ya, cuma perlu tukar format sms. Sila rujuk FormatSMS

Deposit modal kredit ejen berkurang, sedangkan transaksi belum masuk?
Sila hubungi CareLine Pengendali server untuk tindakan segera 014-830 7732

Berapa lama deposit modal credit akan ditambahkan, jika sudah melakukan pembayaran bank in?
Jika tidak ada gangguan internet banking deposit anda akan ditambah kurang lebih 15 minit - 3 jam dan akan menerima SMS pengesahan jika deposit sudah ditambahkan.

Bagaimana jika ada pertanyaan lain selain pertanyaan di atas?
Sila PM di Shoutbox sebelah kanan blog.




Masalah Biasa Yang Sering DiHadapi Agen


Pelanggan tidak menerima Topup
Perkara ini biasa terjadi disebabkan kerana, kemungkinan pelanggan memberi nombor prepaid yang salah atau anda sendiri tersilap menaip nombor prepaid pelanggan yang hendak di topup itu. Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak di topup sebelum anda menghantar SMS tersebut. Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Anda digalakkan untuk mencatit setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan syarikat

Topup lambat diterima oleh pelanggan
Perkara ini mungkin juga akan terjadi disebabkan pada masa-masa tertentu kemungkinan terlalu ramai orang yang sedang topup dan system rangkaian server Maxis dan Celcom terlalu sibuk mengendali dan memproses topup


Perkara lain yang mungkin terjadi
SMS yang anda hantar tidak sampai ke server. Ini mungkin juga disebab ketika anda menghantar sms itu, tiada atau kurang liputan rangkaian. Ini juga disebabkan mungkin kerana kesibukan pengendali rangkaian yang sedang melakukan kerja-kerja maintain system rangkaian mereka. Masalah ini biasanya jarang berlaku. Setiap kali anda topup pelanggan, sila pastikan mesej yang dihantar itu betul-betul telah berjaya dihantar.(aktifkan delivery report) Sekiranya sms anda berjaya dihantar, bermakna pelanggan anda berjaya ditopup. Setelah pelanggan berjaya ditopup, anda akan menerima mesej pengesahan beserta makluman baki terkini dari server

Topup pelanggan tidak masuk tetapi modal sudah dipotong
Sila pastikan pelanggan anda jujur. Selain itu ada juga, mungkin berlaku "sim hang". Pastikan anda menyarankan supaya hp pelaggan tadi di on/off terlebih dahulu bertujuan untuk restart sim dan pastikan nombor yang dimasukkan adalah benar sama seperti dalam sms request anda. Jika masalah masih berlaku boleh hubungi admin server dengan segera.

Sila Tambah Modal Awal Sebelum Stok Modal Kehabisan
Tambah Modal mengambil masa di antara 15 minit hingga 24 jam, jadi anda perlu menambah modal sebelum stok modal anda kehabisan bagi mengelakkan berlaku masalah tidak boleh topup.